Bengkel blog 5S untuk Ketua Zon
Tarikh : 01.03.2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Larut PPD LMS
Masa : 4.00 petang
Kehadiran:
Pn Kamariah bt Zainnul Abiddin - Setiausaha 5S
En Suhairi b. Shoib - Ketua Unit Promosi
Pn Shamshaliza bt Azahar - Wakil Zon Topaz
En Muhamad Amer Asyraf b. Aznan - Ketua Zon Pirus
En Md Yazid b. Mohd Tajuddin - Wakil Zon Mirah
Cik Noor Afifah bt Zainul Amri - Ketua Zon Pancawarna
Pn Rosni bt Mahmod Zahidin - Ketua Zon Zamrud
Pn Jamilah bt Nordin - Ketua Zon Nilam
Bengkel Blog 5S dijalankan pada hari ini( Waktu Program sejam 5S) bertujuan membimbing Ketua Zon cara memuat naik bahan zon masing- masing ke Blog 5S. Bengkel ini diberi oleh En Suhairi selaku Ketua Unit Promosi 5S dan dibantu oleh Pn Kamariah.Objektif bengkel ini tercapai apabila 6 Zon telah berjaya didaftarkan dan dapat belajar memuat naik bahan Zon masing- masing. Semoga selepas ini akan ada persaingan sihat dalam Zon masing- masing. Bagi Zon yang tidak dapat menghantar wakil , mereka akan berjumpa Ketua Promosi untuk mendapat khidmat bantu.
|
En Suhairi (Ketua unit promosi) memberi taklimat tentang
cara muat naik bahan ke blog 5S |
|
Bengkel secara individu |
|
En Yazid kelihatan sangat gembira |
|
Masing- masing sedang cuba membuat pendaftaran .Akhirnya Pn Rosni( Ketua Zon Zamrud ) berjaya membuat pendaftaran. |
|
Pn Kamariah membantu En suhairi menjalankan bengkel |
|
Pn Kamariah membantu Ketua Zon membuka akaun Gmail |
|
En Suhairi menunjuk cara memuat naik bahan |
|
Beberapa kali bengkel tergendala kerana gangguan internet akibat kilat dan petir.Sabar le ye En Suhairi. |
|
Semak email untuk terima jemputan selepas membuat pendaftaran |
|
Pn Shamshaliza dibimbing membuat pendaftaran |
|
En Yazid dan En Ameer dah berjaya muat naik bahan walaupun internet perlahan |